Wednesday, 13 April 2011

Apakah perbezaan adam & hawa??? waseh mengalahkan soalan spm laa pulakk... ahak!!

Sememangnyer lelaki n perempuan dua makhluk bumi yang berbeza. bukan sahaja dari segi fizikal, tetapi juga pemikiran mereka. hal ini yang membuatkan lelaki n perempuan saling melengkapi.... NAMUN.... haaa.. bagi suspen cikit... yg tak suspen.. buat2 saspen lah yer.. hehehe.. sebelum mereka saling melengkapi, mari kita selidik apakah yang membuatkan mereka begitu berbeza... jeng..jeng..jeng..


NAMA

jika mimi, ayu, farah, dan jackie keluar makan ker.. p shooping ker.. mereka tetap memanggil mimi, ayu, farah, dan jackie antara satu sama lain.

NAMUN

jika fahrin, shakir, james, dan syaoran keluar makan, mereka akan memangil boroi, raksasa ultramen, kuali arang, labu ker..labi ker... di antara sesama mereka.



MAKAN DI LUAR

apabila dapat bayaran bil, mimi, ayu, farah, dan jackie akan mengeluarkan duit cukup2 dengan jumlah total bil.

NAMUN

apabila dapat bayaran bil, fahrin, shakir, james, dan syaoran akan mengeluarkan RM10 seorg walaupun jumlahnya RM 40.15. tiada diantara mereka yang akan mengeluarkan jumlah sen tersebut....


DUIT

lelaki akan bayar berapa sekali pun duit jika sesuatu barang itu menjadi idaman hati mereka.walaupun mahal giler, mereka lebih pentingkan kualiti lebih daripada harga.

NAMUN

wanita juga very amat super sanggup keluarkan duit dengan banyak apabila berbelanja. namun, mereka akan bayar lebih dan ianya bukan pada barang yang diingini pun. hal ini hanya akan terjadi apabila tiba waktu jualan murah, jualan setengah harga n jualan discount... terutamanyer bila tiba waktu perayaan or hujung2 bulan.. mmg penyakit shopping tak ingat dunia akan datang dgn tragisnyer.. hehehehe....


BILIK AIR

lelaki hanya mempunyai 5 barang sahaja di dalam bilik air mereka iaitu berus gigi, pencukur, krim pencukur, sabun buku dan juga tuala mandi... kalau lebih dari tu... bukan lelaki lh tu.. oopsss... hekhek...

NAMUN


wanita pula secara puratanyer mempunyai hampir 328 barang dalam bilik air mereka di dalam bilik air mereka. dan juga.. secara puratanyer juga, lelaki hampir tidak mengetahui apakah barang tersebut serta tujuannyer... kesian kan... huhuhu...



PERTENGKARAN

wanita sering ada sahaja kata-kata akhir selepas sesuatu pertengkaran berlaku... ala2 kesimpulanlah kepada pertengkaran itu daaa.... hehehe..

NAMUN

lelaki pula sering menokok tambah pada kata-kata akhir wanita itu dan apa yang tidak disangkakan, ianya akan menjadi permulaan kepada pertengkaran baru! bak kata org zaman dinousor... bagai T-REX dengan aligator... huhu...


KUCING

wanita cukup suka dan sayangkan haiwan cute miut nie.... lelaki? hahaha mereka akan cakap mereka sayangkan kucing dan jika wanita memandang, lelaki akan menyepak kucing itu... aduhai,,, kecian pula kucing tu.. tak pasal2 kena jadi mangsa....



MASA HADAPAN

seorang wanita amat risaukan masa depannya sehinggalah mereka dapat seorang suami.

NAMUN

seorang suami tidak pernah risaukan masa depannya sehinggalah mereka mendapat seorang isteri.....



KEJAYAAN

seorang lelaki yang berjaya dapat membuat duit dengan jayanya utk dibelanjakan oleh isterinya...

NAMUN

seorang wanita dikatakan berjaya apabila mendapat lelaki seperti diatas itu!


PERKAHWINAN

seorang
wanita berkahwin dengan lelaki dan mengharapkan lelaki itu boleh berubah tetapi malangnyer si dia tidak berubah

NAMUN

seorang lelaki berkahwin dengan wanita dan mengharapkan wanita itu tidak berubah tetapi malangnyer si dia akan berubah pula....




BERGAYA

seorang wanita akan bergaya apabila keluar shooping ker, membuang sampah di luar ker, menyiram bunga di halaman, mengambil suray di peti surat serta menonton tv.

NAMUN

seorang lelaki hanya akan bergayaketika majlis perkahwinannya dan juga ketika majlis pengebumian!



SIFAT SEMULA JADI

seorang lelaki apabila bangun pagi rupa mereka semua sama seperti waktu petang dan juga waktu sebelum tido. gaya mereka memang tidak terurus dan begitu juga sekiranya setelah mereka berkahwin nanti... ish..ish..ish

NAMUN

seorang wanita pula, cantik rupanya di waktu pagi, petang dan malam. apabila mereka bangun dari tido? huh! menakutkan yooo....


haa... itu saja penyelidikan dari prof yang tak bertauliah nie.. para wanita n lelaki yg tengok blog ku nie jangan marah ler pula.. kot2 nak saman menyaman aku pula...semua ini hanya gurauan semata2 tak der kena mengena yang koma dan nyawa2 ikan yer... k...

1 comment:

gambar ahli ouran high school host club yg best2!!

gambar ahli ouran high school host club yg best2!!

background